suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mekanik curi pesawat, terhempas

Pesawat yang dicuri terhempas 40km daripada lapangan terbang.

SEORANG mekanik mencuri sebuah pesawat tanpa penumbang sebelum terhempas 40.2 kilometer daripada Lapangan Terbang Seattle-Tacoma.

Pesawat yang mempunyai 76 kerusi itu dirampas pada pukul 8 malam dan dihalang oleh dua buah jet pejuang dari Portland.

Ketika di udara, mekanik itu memberitahu pusat kawalan udara akan dipenjarakan seumur hidup di atas tindakannya sebelum perbualan terputus.

Ketika kejadian, saksi menggambarkan pesawat itu dipandu seperti sebuah pertunjukkan sebelum terhempas di Pulau Ketron.

Nama mekanik itu tidak didedahkan, namun pengawal udara memanggilnya sebagai 'Rich', berusia 29 tahun.

Pihak berkuasa, Paul Pastor mengesahkan insiden itu tiada kaitan dengan pengganas dan hanya untuk suka-suka dengan cara yang salah.

Insiden itu menyebabkan ribuan penumpang lain terkandas di lapangan terbang.

Bagaimana pun pesawat itu tiada dalam senarai penerbangan.

curi pesawat, bekas juruterbang

Artikel Lain