suria

Model dikecam swafoto depan mayat bapa

Gambar swafoto Jelica di hadapan bapanya yang baru meninggal dunia, masih terlantar di atas katil di hospital. Foto CEN

SEORANG model dikecam selepas mengambil gambar swafoto di hadapan bapanya yang meninggal dunia di hospital.

Jelica Ljubicic mengambil gambar dirinya dengan latar belakang bapanya yang sedang berbaring di atas katil.

Model tersebut memberikan gaya dengan memandang secara sisi.

Media tempatan di Serbia melaporkan bapa model berkenaan baru sahaja meninggal dunia, sebelum gambar swafoto itu dirakamkan.

Gambar tersebut kemudian dimuat naik di media sosial sebelum Jelica menerima kecaman daripada netizen di atas tindakannya itu.

Menerusi keterangan gambar, Jelica menulis mengenai luahan hati terhadap bapanya.

"Ayah... semadilah dengan aman. Kita telah berjuang selagi yang kita boleh, tetapi bukan kita menentukan takdir.

"Kita tidak dapat menentukan berapa lama kita akan hidup. Dia meninggalkan kami selepas hidup selama 67 tahun.

"Terima kasih di atas segalanya. Saya bersyukur menjadi anak kamu dan mempunyai kamu sebagai ayah.

"Terima kasih kerana membimbing kami. Bersemadi dengan aman, kamu sentiasa berada di hati kami."

Walaupun mesej tersebut menyentuh perasaan, netizen tetap mengecam Jelica kerana memuat naik gambar swafoto yang disifatkan kurang sopan.

Jelica kemudian mengambil keputusan memadamkan gambar tersebut di laman sosialnya. - Mirror UK

Artikel Berikut

Padah raba punggung

Artikel Lain