Tikam sampai mati kerana jam tangan Rolex - Dunia | mStar

Tikam sampai mati kerana jam tangan Rolex

Jordan Bailey-Mascoll dipenjara selama 35 tahun. Foto London Evening Standard

SEORANG lelaki bertindak menikam seorang bapa sehingga mati kerana seutas jam tangan mewah Rolex.

Polis berkata, beberapa suspek termasuk Jordan Bailey-Mascoll, 26, melakukan serangan itu ke atas mangsa, Danny Pearce yang berusia 31 tahun.

Dalam kejadian yang berlaku di Greenwich, London pada 15 Julai 2017, suspek berulang kali menikam mangsa di hadapan mangsa dan pasangannya.

Bailey-Mascoll yang berasal dari Dartford, Kent didapati bersalah kerana membunuh, diberitahu dia dihukum penjara sekurang-kurangnya selama 35 tahun.

Keputusan itu dibuat di Mahkamah Wooldwich Crown di London.

Scotland Yard berkata, Bailey-Mascoll turut disabitkan hukuman penjara sehingga 18 tahun selepas didapati bersalah melakukan rompakan pada 13 Julai 2017.

Ketika kejadian, mangsa, Pearce yang mempunyai seorang anak perempuan berumur lima tahun sedang berjalan ke kawasan parkir sebelum berdepan dengan Bailey-Mascoll dan seorang lelaki yang mengarahkannya untuk menyerahkan jam tangan Rolex miliknya. - London Evening Standard

Rolex

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Harga petrol, diesel naik!