suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penumpang jadikan pesawat seperti kelab malam desak kru dipecat

SEORANG lelaki yang menjadikan sebuah pesawat seolah-olah seperti kelab malam sehingga mengakibatkan penerbangan EasyJet dibatalkan membidas syarikat penerbangan itu.

Penumpang tersebut menyifatkan syarikat penerbangan hanya bertindak secara keterlaluan dan kru sepatutnya dipecat.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkandas gara-gara pesawat dibuat macam kelab malam

Nathan Rees memuat naik status di Twitter kepada EasyJet pada Jumaat malam selepas syarikat penerbangan itu terpaksa membatalkan penerbangan dari Lapangan Terbang Bristol di United Kingdom ke Prague di Republik Czech.

Malahan, penumpang berkenaan memberitahu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Menurut BristolLive, lebih 140 orang terkandas selepas sekumpulan penumpang melakukan kekecohan apabila menjadikan pesawat seperti kelab malam.

Tambah laporan itu, kekecohan yang berlaku bukan satu-satunya punca menyebabkan penerbangan dibatalkan.

Sebaliknya, ia turut disebabkan gangguan dan keadaan cuaca yang kurang baik. - Mirror UK

EasyJet, kelab malam

Artikel Sebelum

Artikel Lain