suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akhirnya, polis cekup dalang sumbat botol kosong dalam mangkuk tandas

BOTOL minuman ringan yang kosong menjadi 'senjata' seorang lelaki yang bertindak menyumbatnya dalam mangkuk tandas awam di bandar Michigan sejak dua tahun lalu.

Lebih 30 tandas awam terutama tandas wanita di Deland Park mengalami kerosakan akibat perbuatan vandalism lelaki berusia 33 tahun ini.

Baru-baru ini, hasil kerjasama orang ramai, akhirnya dia ditahan polis.

Poster ditampal di setiap tandas meminta orang ramai melaporkan sebarang perbuatan tidak bertanggungjawab di lokasi kemudahan awam itu.

"Perbuatannya itu sesuatu yang tidak oleh diterima ," kata Chrystal Storck kepada ABC.

Perbuatan lelaki itu juga menyebabkan kebanyakan tandas itu terpaksa diganti kerana botol plastik yang disumbat ke saluran paip tidak dapat dikeluarkan.

Setakat ini, kos untuk memperbaiki tandas yang rosak adalah sebanyak AS$3,000.

Menerusi laman Facebook Jabatan Polis Sheboygan, lelaki itu ditahan hasil maklumat orang ramai.-Metro.uk.co



Deland Park, Michigan

Artikel Berikut

Artikel Lain