suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah letusan Fuego, 25 nyawa melayang, ratusan cedera

BANDARAYA GUATEMALA: Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh, manakala 296 lagi cedera selepas gunung berapi Fuego di Guatemala meletus untuk kali kedua tahun ini, kata pihak berkuasa pada Ahad.

Gunung berapi itu meletus pada tengah hari waktu tempatan.

Menurut laporan awal pihak Penyelarasan Nasional bagi Pengurangan Bencana Guatemala, letusan kali ini adalah yang paling kuat pernah direkodkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Letusan menyebabkan hampir 1.7 juta orang terjejas dan lebih 3,000 penduduk terpaksa dipindahkan.

Fuego terletak kira-kira 50 kilometer di barat Bandaraya Guatemala.--Bernama

Fuego

Artikel Lain