suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 6 tahun taruh nyawa selamatkan bapa tebusan perompak

Seorang kanak-kanak mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan bapanya daripada menjadi tebusan sekumpulan perompak. Foto Curioso VocA/Youtube

SEORANG budak lelaki berusia enam tahun mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan bapanya daripada menjadi tebusan sekumpulan perompak bersenjata.

Kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu di sebuah pasar di Paranavai, sebuah bandar di selatan Brazil.

Melihatkan bapanya diacu pistol di bahagian leher, kanak-kanak itu dengan pantas menendang dan menumbuk penjenayah terbabit.

Francisco Carlos Alves Silva cuba meredakan tiga perompak bersenjata dan meminta anaknya ke belakang bagi mengelakkan sebarang bahaya.

Dia kemudia menyerahkan dompetnya kepada perompak berkenaan.

Kumpulan penjenayah itu kemudian melarikan diri dan mangsa tidak dicederakan.

Keberanian kanak-kanak itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup, menunjukkan budak berkenaan tampil berdepan dengan kumpulan perompak. - Mirror UK

Artikel Lain