suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terkandas gara-gara pesawat dibuat macam kelab malam

Imej sebuah pesawat EasyJet yang dirakamkan oleh seorang pegawai berhubung insiden yang berlaku. Foto Twitter ASP4179

SATU penerbangan EasyJet ke Prague di Republik Czech dibatalkan gara-gara sekumpulan individu menjadikan sebuah pesawat seperti kelab malam.

Keadaan itu mengakibatkan lebih 140 penumpang terpaksa dipindahkan dari pesawat tersebut di Lapangan Terbang Bristol, United Kingdom.

Jurucakap Avon and Somerset Constabulary berkata, seorang lelaki berusia 32 tahun kemudian ditahan.

Lapangan Terbang Bristol mengesahkan seorang individu ditahan kerana melakukan kesalahan.

Pasukan polis lapangan terbang itu mengeluarkan kenyataan di Twitter berkata: "Kesan dengan tindakan beberapa individu yang mengakibatkan penerbangan dari Lapangan Terbang Bristiol pada Jumaat malam terjejas, bukan sahaja terkesan oleh rakan-rakan mereka, tetapi lebih penumpang apabila penerbangan terpaksa dibatalkan.

"Ini adalah pesawat, bukan kelab malam," tambah kenyataan itu.

Seorang jurucakap EasyJet berkata: "EasyJet dikehendali membatalkan penerbangan EZY6267 dari Bristol ke Prague pada 1 Jun berikutan sekumpulan penumpang berkelakuan tidak sopan di dalam pesawat, yang mengakibatkan kelewatan dan kemudian dibatalkan kerana cuaca buruk." - Mail Online UK

EasyJet

Artikel Sebelum

Artikel Lain