suria

Peniaga kosmetik dirogol empat lelaki sebelum dibunuh

Nong Gift.

SEBUAH rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan empat lelaki mengangkat seorang wanita yang mabuk keluar dari sebuah bar sebelum merogol dan membunuh mangsa.

Nong Gift, 21, menyaksikan perlawanan final Liga Juara-Juara dengan rakan-rakannya di Chantaburi, Thailand, sebelum dilaporkan mabuk.

Saudara mara Nong pula mendakwa dia telah diberi dadah oleh suspek dalam kejadian yang berlaku pada pukul 2 pagi itu.

Mangsa yang juga peniaga kosmetik kemudiannya dilihat diletakkan di belakang sebuah trak oleh suspek yang dikatakan mahu menghantarnya pulang ke rumah.

Sebaliknya, suspek termasuk seorang yang mengenali Nong membawanya ke sebuah hutan terpencil.

Di situ mangsa diperkosa secara berkumpulan dan dipukul sehingga mati.

Nong diangkat keluar keempat-empat suspek.

Keempat-empat suspek, Nattaphong Saenkraud, 24, Patti Boonthal, 23, Panya Chan Somdee, 18, dan Suitsit Jaechim, 24, mengaku terlibat dalam kejadian itu.

Pada Rabu lalu, kesemua suspek dibawa ke lokasi kejadian.

Seorang daripada suspek, lelaki yang mengenali mangsa mendakwa dia hanya memandu trak terbabit dan tidak terlibat merogol dan membunuh mangsa.

Kesemua suspek telah ditahan polis.

Jeneral Polis, Charn Jitjunjun berkata, mangsa disahkan mati serta merta pada malam kejadian.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan mulut berbuih, hidung berdarah dan sebahagian pakaiannya telah ditanggalkan.

Seorang rakan Nong yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut berkata dia membiarkan mangsa dibawa pulang keempat-empat suspek kerana menjangkakan mereka berkawan.

rogol, bunuh, Liga Juara-Juara

Artikel Berikut

Foto kediaman Jong-un

Artikel Lain