suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Foto kediaman Jong-un

PYONGYANG: Kunjungan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov ke Pyongyang baru-baru ini membuka peluang unik buat seorang wartawan Rusia apabila dia diberikan akses istimewa untuk menjengah kediaman pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Valery Sharifulin, berkesempatan mengambil gambar kediaman moden Jong-un, dilengkapi sebuah taman dengan reka bentuk minimalis.

Turut kelihatan sebuah kereta Mercedes berwarna hitam diletak di laluan masuk ke rumah.

Kediaman dua tingkat itu turut dilengkapi tingkap kaca di bahagian hadapan.

Ia dikatakan terletak di sebuah lokasi rahsia berhampiran Pyongyang.

Walaupun Jong-un mempunyai beberapa kediaman mewah lain, adalah amat sukar untuk memperolehi foto kediaman berkenaan berikutan kawalan keselamatan yang ketat.

Menurut seorang bekas pengawal, Lee Young-kuk, pemimpin Korea Utara itu mempunyai sekurang-kurangnya lapan istana di sekitar ibu negara itu.

Kim Jong-un

Artikel Lain