suria

Budak lapan tahun dakwa lihat raksasa muncul di tasik

ADAKAH ini bukti mengenai misteri makhluk yang mendiami Tasik Loch Ness?

Ia susulan rakaman video Laria Annand, yang memaparkan kelibat sesuatu yang panjang sedang bergerak di permukaan air tasik berkenaan.

Kanak-kanak berusia lapan tahun itu ke sana bersama neneknya, Marie, 62, dan dan tidak dapat menjelaskan apa sebenarnya yang disaksikan mereka pada waktu itu.

Ujar Laria, dia dan neneknya perasan akan pergerakan aneh di permukaan air dan yang turut kelihatan seperti pantulan.

Apa yang anehnya, tiada bot mahupun mana-mana individu berada di situ.

Ujarnya, ia mungkin pantulan cahaya matahari sahaja, namun pergerakan di permukaan air itu tidak dapat difikirkan dengan logik akal.

Tambah Marie pula, dia dan cucunya sedang duduk di atas batu di tasik itu sebelum melihat sesuatu yang aneh di dalam tasik.

"Kami sedang ambil gambar dan bermain air sebelum melihat pergerakan aneh itu.

Pada mulanya kami fikir ia pantulan cahaya matahari sahaja, namun pergerakan itu agak lama sedangkan tiada bot yang lalu di situ.

Saya ambil gambar sebelum cucu saya merakam video. Ianya sangat pelik, saya pun tak boleh jelaskan. Tapi mungkin kami sudah melihat raksasa Loch Ness," ujar guru dari Inverness itu.

Ia tentunya bukan kali pertama orang awam terlihat kelibat makhluk misteri yang sering menjadi bualan ramai itu.

Pada 2016, seorang jurufoto, Ian Bremner turut merakam foto kelibat makhluk itu. - Metro.Co.Uk

Loch Ness

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain