suria

Mengandung anak ke-8 pada usia 70 tahun

SEORANG wanita berusia 70 tahun yang sedang hamil anak kelapan mendakwa dia mungkin menjadi ibu paling tua dalam sejarah jika dia bersalin tiga bulan lagi.

Maria de la Luz, dari Mazatlan, Sinaloa, Mexico, percaya dia kini sedang mengandung anak perempuan dan kini usia kandungannya mencecah enam bulan.

Malah, dia juga mempunyai imbasan ultrabunyi untuk membuktikannya.

Walaupun tidak memberi sebarang maklumat mengenai kandungannya, sama ada dia membuat rawatan tabung uji IVF, Maria mengesyaki dia hamil sejak tiga bulan lalu.

"Kaki saya sakit, saya muntah dan rasa pening kepala. Mereka sudah melaksanakan 10 imbasan ultrabunyi di klinik swasta dan hospital awam. Doktor pun tak percaya.

"Mereka kata saya hamil bayi perempuan. Tengok, anda boleh lihat muka kecilnya," ujar Maria merujuk kepada gambar dari ujian imbasan ultrabunyi bayinya.

Namun, sesetengah anaknya kurang gembira dengan perkhabaran kehamilan itu keranan menganggap dia sudah terlalu tua untuk menjadi ibu.

Dia akan menemui pakar sakit puan pada 18 Julai ini dan dijangka bersalin secara pembedahan kerana faktor usia.

Untuk rekod setakat ini, status ibu paling tua dipegang oleh Carmen Bousada de Lara yang bersalin sewaktu berumur 66 tahun 358 hari pada 2006.

Dia melahirkan bayi kembar lelaki Christian dan Pau secara pembedahan dengan berat 1.6 kilogram sahaja.

Dia mengaku menipu usianya kepada pakar perubatan sewaktu menjalani rawatan tabung  uji (IVF) di sebuah klinik di California.

Dia mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang oleh Adriana Iliescu yang juga berusia 66 tahun, yang bersalin pada 2005.

Pada 2008, wanita dari Uttar Pradesh, India, iaitu Omkari Panwar melahirkan anak sewaktu berusia 70 tahun. Namun kelahiran itu tidak disahkan.-Metro.co.uk


Maria, Sinoloa

Artikel Lain