suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

20 bom gegar Selatan Thailand

PATTANI: Hari keempat bulan Ramadan dicemari dengan beberapa insiden keganasan apabila kira-kira 20 butir bom yang kebanyakannya  menyasarkan  mesin pengeluaran wang automatik (ATM) meletup di beberapa wilayah di selatan Thailand.

Kejadian letupan bom itu berlaku mulai 7 malam tadi (waktu tempatan) di wilayah bergolak Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkla.

"Pihak berkuasa mendapat laporan empat butir bom meletup di daerah Muang, Pattani manakala masing-masing sebutir bom meletup di Saiburi, Nongchik dan Yarang. Semua menyasarkan mesin ATM," kata Ketua Polis Pattani Mej Jen Piyawat Chalermsi.

Beliau berkata dua individu dilaporkan cedera dalam kejadian letupan di daerah Muang.

Di Narathiwat, pihak berkuasa melaporkan lima butir bom meletup di daerah Benang Setar, Kabang dan Yaha, namun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Penyerang tidak dikenali juga menembak sebutir peluru grenad M79 terhadap markas Pasukan Petugas  Narathiwat di Thanto kira-kira 8 malam Ahad (waktu tempatan), tetapi tidak menyebabkan kecederaan.

Sumber keselamatan juga mengatakan serangan bom juga dilaporkan berlaku di daerah Ranget dan Cho Airong, manakala sebutir bom meletup di sebuah mesin ATM di daerah Thepa, wilayah Songkla malam tadi.- Bernama

Selatan Thailand, bom

Artikel Lain