suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Palestin tolak bantuan iftar UAE

BAITULMAQDIS: Aktivis Baitulmaqdis menolak bantuan makanan berbuka puasa yang diberikan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kepada pelawat masjid al-Aqsa.

Tindakan itu disusuli kempen di Twitter dengan hashtag #wearenothungry sebagai kekesalan dan membantah kecenderungan negara berkenaan yang dilihat menyokong rejim Zionis.

Bulan lalu, UAE dan Bahrain menghantar pasukan untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan basikal Giro d’Italia yang melalui Baitulmaqdis pada ulang tahun ke-70 peristiwa Nakba.

Jawatankuasa Olimpik Palestin turut mengutuk penyertaan UAE dan Bahrain, dan menyifatkan ia sebagai satu pengkhinatan terhadap perjuangan besar rakyat Palestin.

Agensi berita antarabangsa sebelum ini melaporkan bahawa duta UAE, Yousef Al-Otaiba dan Bahrain, Abdullah Rashed Al-Khalifa telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di sebuah restoran di Washington. - Middle East Monitor


Palestin, iftar, UAE

Artikel Lain