suria

Remaja 16 tahun tawan Everest

USIANYA yang baru saja mencecah 16 tahun membolehkan dirinya melakar sejarah selepas berjaya menawan puncak tertinggi dunia.

Semangat yang ada dalam diri Shivangi Pathak ini sememangnya sesuatu yang boleh dibanggakan.

Anak kelahiran Hisar di Haryana yang terletak di utara India ini membuktikan kemampuannya apabil menjejak kaki ke Gunung Everest pada petang Khamis.

Kini remaja ini menjadi wanita termuda di dunia yang berjaya menawan puncak itu.

Menurut Pathak, kejayaan warga India, Arunima Sinha untuk mendaki puncak setinggi 8,839 meter memberi inspirasi untuk mencabar dirinya.

Beberapa pendaki dari pelbagai negara seperti Poland dan India serta sherpa masing-masing turut berjaya sampai ke puncak pada hari sama dan ianya diakui Thaneswar Guragai dari Seven Summit Treks.

Shivangi, Everest

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain