suria

Putera Harry, Meghan bergelar suami isteri

Paparan skrin daripada siaran langsung Perkahwinan Diraja Putera Harry dan Meghan yang berlangsung di Istana Windsor pada Sabtu. - Guardian News

SELEPAS beberapa bulan melakukan persediaan, akhirnya Putera Harry dan Meghan Markle selamat melangsungkan perkahwinan di Gereja St George, Istana Windsor di United Kingdom (UK) pada Sabtu.

Ribuan rakyat tidak melepaskan peluang ke istana tersebut untuk menjadi sebahagian daripada upacara perkahwinan diraja, termasuk beberapa bintang terkemuka dunia.

Menurut laporan New York Times, Putera Harry, 33, merupakan cucu kepada Ratu Elizabeth II dan kini bergelar Duke of Sussex, Earl of Dumbarton dan Baron Kilkeel.

Pasangan diraja itu melafazkan ikrar cinta antara satu sama lain dalam suasana penuh bersejarah dan disaksikan secara langsung oleh jutaan penonton di seluruh dunia.

Meghan mengenakan gaun perkahwinan yang direka oleh Clare Waight Keller dari Givenchy.

Meghan membawa 10 pengapit kanak-kanak lelaki dan perempuan, termasuk anak kepada Putera William dan Kate Middleton iaitu Putera George dan Puteri Charlotte.

Memetik laporan BBC, Meghan diiring masuk ke gereja oleh bapa Putera Harry, Putera Charles dan kelihatan jelita menggayakan busana perkahwinan yang direka oleh pereka Britain, Clare Waight Keller.

Antara 600 tetamu yang hadir ialah Oprah Winfrey, George dan Amal Clooney, David dan Victoria Beckham serta Sir Elton John.

David dan Victoria.


George dan Amal.

Meghan Markle, Putera Harry

Artikel Lain