suria

Lebih 100 maut, 3 terselamat nahas pesawat di Cuba

LEBIH 100 dikhuatiri maut selepas sebuah pesawat membawa 104 penumpang terhempas di Havana, Cuba awal pagi Sabtu.

Media tempatan Cuba melaporkan tiga penumpang wanita yang terselamat berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di sebuah hospital tempatan.

Presiden Cuba, Miguel Diaz-Canel berkata jumlah angka kematian sebenar masih belum diketahui.

"Berlaku insiden pesawat malang. Angka kematian mungkin meningkat," katanya.

Pesawat Boeing 737 yang membawa 105 penumpang termasuk lima kanak-kanak dan sembilan kru pesawat itu dalam penerbangan domestik ke Holguin di timur Cuba dari lapangan terbang Jose Marti di Havana apabila ia terhempas.

Lima daripada penumpang termasuk kru pesawat itu adalah rakyat asing.

pesawat Boeing, terhempas

Artikel Lain