suria

7 perkara yang Meghan tidak boleh lakukan selepas bergelar Duchess of Sussex

Gambar dari AFP.

SELEPAS sempurna majlis perkahwinan antara Duke of Sussex, Putera Harry dan permaisuri hatinya, Meghan Markle pada Sabtu, maka ada peraturan yang harus dipatuhi oleh puteri England baharu itu.

Berikut adalah senarai perkara yang tidak boleh dilakukan oleh Meghan selepas melafazkan ikrar 'I Do' di Gereja St George, Istana Windsor.

1. Tiada lagi swafoto
Anda tidak lagi dapat melihat swafoto pasangan pengantin baharu itu, sama ada berseorangan atau berdua atau beramai-ramai dengan sekumpulan orang.

2. Tiada lagi autograf
Sebagai seorang pelakon, Meghan sering menurunkan autograf kepada peminat. Nampaknya, beliau tidak lagi boleh berbuat demikian kerana dikhuatiri ada pihak yang meniru tandatangan kerabat diraja.

3. Tidak boleh mengundi
Kerabat diraja diminta untuk tidak cenderung kepada hal berkaitan politik, termasuk pendapat mereka terhadap mana-mana ahli politik kerena harus bersikap neautral.

4. Tidak mempamerkan bahagian kaki
Pakar diraja, Victoria Arbiter menjelaskan bahawa, orang awam tidak akan melihat kerabat diraja tanpa sarung kaki rona kulit.

5. Tidak beradu sebelum Permaisuri beradu
Setiausaha sulit Permaisuri, Sir William Heseltine menjelaskan: "Pernah berlaku di mana hampir sejam kerabat diraja duduk di sebuah bilik dan berbual, tiada seorang pun yang berasa mereka boleh masuk beradu selagi Permaisuri belum meninggalkan bilik tersebut.

"Akhirnya, Puteri Diana berasa letih dengan situasi itu dan meminta diri untuk masuk beradu dan perbuatan itu dianggap tidak wajar," katanya.

6. Tidak boleh berlakon
Apabila seseorang mengahwini kerabat diraja, ia bererti karier mereka juga akan berakhir.

Meghan bersama 'co-star' yang turut membintangi siri televisyen Suits.

7. Bercuti berseorangan
Meghan telah dilindungi oleh pegawai perlindungan diraja sebaik menjalinkan pertunangan dengan Putera Harry dan ini bermakna beliau akan dijaga selama 24 jam. - The List

Meghan Markle

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain