suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lihat Tun M bertarung, teringat Kuan Yew

Dr Mahathir dan Lee Kuan Yew.

SINGAPURA: Perkembangan politik semasa di Malaysia menarik perhatian Goh Chok Tong, Perdana Menteri Singapura kedua menggantikan Lee Kuan Yew.

Apabila menyaksikan Mahathir bertarung dalam PRU14 mengingatkan saya kepada ungkapan terkenal Lee Kuan Yew, “Malah dari katil tempat saya terbaring sakit, walaupun anda akan menurunkan saya ke liang kubur dan saya rasa ada sesuatu yang tidak kena, saya akan bangkit.”

“Kita harus menghormati Mahathir atas atas kehendak dan usahanya yang bersemangat waja untuk bertarung bagi membetulkan apa yang difikirkannya sebagai ada sesuatu yang tidak kena berlaku di negaranya,” menurut catatan dalam laman Facebook beliau, Khamis.

Chok Tong berkata, Dr Mahathir dan rakan-rakan dan gabungan telah mencapai kemenangan menakjubkan.

“Tahniah kepada mereka atas kejayaan mereka, dan kepada Dr Mahathir kerana menjadi Perdana Menteri Malaysia bagi kali kedua,” katanya.

Chok Tong menarik perhatian bahawa apa sahaja yang berlaku di seberang tambak memberi kesan pihak yang lain.

“Ini adalah detik yang bersejarah dan belum pernah berlaku sebelum ini bagi jiran terdekat kita. Kita mengucapkan selamat berjaya, dan menawarkan kepada Mahathir dan kerajaan baharu semangat muhibah dan persahabatan yang berterusan,” kata beliau dan mengakhirinya dengan singkatan nama GCT. - BERNAMA

Tun M, Lee Kuan Yew

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain