suria

Ibu tergamak biar anak usia 5, 6 diratah datuk 78 tahun

Morgan Summerlin (kiri) mengakui membawa anak perempuannya ke rumah Richard Office (kanan) untuk diperkosa. -(Penjara County Fulton)

SEORANG ibu di Georgia, Amerika Syarikat mengaku bersalah kerana membenarkan beberapa lelaki, termasuk seorang datuk berusia 78 tahun, merogol dua anak perempuannya untuk mendapatkan wang.

Pejabat Peguam Daerah Fulton dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, Morgan Summerlin, 25, mengaku bersalah pada 26 April di atas kekejamannya ke atas kanak-kanak, menyeludup seseorang untuk seks dan dan mempengaruhi kanak-kanak untuk tujuan yang tidak senonoh.

"Saya harap dua kanak-kanak perempuan ini boleh melupakan kekejaman yang berlaku dan membesar menjadi orang dewasa yang sihat dan hidup dengan bermakna," kata Peguam Daerah Paul L. Howard, Jr.

Pegawai berkuasa berkata, dua mangsa tersebut memberitahu kepada orang dewasa pada April 2017 bahawa ibu mereka akan membawa mereka ke rumah lelaki untuk dicabul dan diperkosa kerana wang.

Dalam satu kejadian, dua gadis itu berkata bahawa ibu mereka membawa mereka ke rumah Richard Office, 78, yang dikenali sebagai "Pop."

"Pop akan memberikan dadah kepada ibu mereka, dan dalam satu kejadian, datuk berusia 78 tahun itu merogol si adik yang berusia lima tahun.

"Selepas itu, Pop memberikan dua beradik itu AS$100 (RM400) dan ibu mereka segera mengambil wang tersebut," kata pejabat Peguam Daerah. - Fox News

Artikel Lain