suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makanan, minuman percuma untuk pelanggan kurus

JINAN: Sebuah restoran di Shandong, China menawarkan promosi diskaun kepada pelanggan sekiranya mereka mampu melepasi pagar logam yang sempit.

Pemilik restoran terbabit, Zhao Lang, berkata promosi tersebut bertujuan menggalakan kesedaran dalam kalangan orang ramai bagi menjaga pemakanan dan mengawal berat badan.

Lebar pagar berbeza menentukan jenis diskaun yang bakal diterima pelanggan, sekiranya berjaya melepasi pagar berukuran hanya 15 sentimeter (sm) lebar , pelanggan akan mendapat makanan dan minuman percuma.

Bagi pagar selebar 18 sm, pelanggan akan mendapat 5 tin bir manakala lebar 25 sm menawarkan satu tin bir.

"Boleh dikatakan seorang pelanggan mampu melepasi lebar paling sempit setiap hari.

"Mereka terdiri daripada pelanggan wanita," ujar pemilik restoran yang dibuka pada 2016 itu.

Zhao berkata promosi tersebut menarik perhatian pelanggan untuk mengunjungi restorannya dan melakukan 'cabaran pagar logam' itu. -Dailymail

kurus, makanan percuma

Artikel Sebelum

Artikel Lain