suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM China pula ucap tahniah kepada Tun M

Gambar dari AFP.

BEIJING: Perdana Menteri China Li Keqiang (gambar) mengucapkan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad  atas pelantikan sebagai perdana menteri Malaysia, menurut laporan Xinhua.

Dalam perutusan tahniah itu,  Li berkata  Dr Mahathir telah banyak menyumbang terhadap pembangunan Malaysia dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara, hubungan China-Malaysia serta kerjasama di Asia Timur.   

Li berkata China memberi perhatian khusus terhadap hubungannya dengan Malaysia.   

Kedua-dua  negara adalah berjiran dengan menjalin persahabatan tradisional  dan perkembangan hubungan dua hala kekal dalam momentum baik.   

Li berkata beliau bersedia berkerjasama dengan Dr Mahathir dalam menggalakkan perkongsian strategik komprehensif dua hala untuk lebih memanfaatkan kedua-dua negara dan rakyat mereka. - Bernama

Li Keqiang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain