suria

Budak 2 tahun jatuh atas trek ketika tren mahu berlepas

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terjatuh ke trek semasa mahu menaiki tren di timur China pada Jumaat.

Menurut laporan menerusi video, mangsa diselamatkan oleh seorang pekerja stesen kereta api.

Mangsa dan ibunya memasuki sebuah kereta api berkelajuan tinggi di stesen Zaozhuang di wilayah Shandong sebelum terjatuh antara platform dan tren dari ketinggian 1.2 meter.

Ketika kejadian, kereta api dari Beijing ke Shanghai itu mahu berlepas untuk menyambung perjalanannya.

Sebuah video dimuat naik ke Weibo oleh agensi berita Xinhua, menunjukkan orang ramai cuba membongkokkan badan mereka di platform bagi membawa naik kanak-kanak itu.

Para penumpang cuba menurunkan beg dan tali pinggang bagi membolehkan ia dicapai oleh kanak-kanak itu.

Menurut seorang saksi kepada laman web, PearVideo, percubaan itu bagaimanapun gagal kerana barang yang digunakan tidak cukup panjang.

Tambah saksi, seorang pekerja stesen kemudian turun ke trek dan mengangkat kanak-kanak itu dan membawanya ke atas platform.

Ibu dan kanak-kanak perempuan itu menaiki tren kemudian menaiki tren untuk meneruskan perjalanan mereka.

Disebabkan insiden itu, jadual perjalanan trend tersebut lewat kira-kira empat minit. - South China Morning Post

Artikel Lain