suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lawat tanpa bersentuhan syarat komuniti bogel masuk muzium

PARIS: Sebuah muzium terkemuka di bandar raya ini mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi yang pertama untuk membuka pintu kepada pengunjung bogel.

Muzium Palais de Tokyo yang terletak di daerah Trocedero telah membenarkan pengunjung istimewa itu  menikmati hasil seni dalam keadaan tubuh mereka tanpa seurat benang.

Komuniti itu telah diberi ruang untuk melawati muzium seni kontemporari itu pada waktu malam 5 Mei baru-baru ini.

Ia sebahagian daripada usaha golongan tersebut untuk menggalakkan penerimaan aktiviti 'bebas pakaian'.

Sebelum ini, restoran dan taman bogel dibuka di ibu kota Perancis itu.

Penganjur melarang pengunjung bersentuhan antara sama lain sambil menambah mereka berusaha menarik lebih ramai pengunjung lebih muda. -Independent










 

Palais, bogel

Artikel Lain