suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Koridor kapal ditenggelami air seperti filem Titanic!

Koridor dalam kapal persiaran ditenggelami air. Foto Facebook/Mirror UK

RAKAMAN penuh dramatik menunjukkan koridor dalam sebuah kapal persiaran dinaiki air dengan kakitangan cuba untuk menyelesaikan masalah 'banjir' itu.

Ketika kejadian pada Khamis lalu, kapal Carnival Dream melakukan pelayaran selama lima hari di sekitar Caribbean Barat.

Rakaman video menunjukkan air mengalir keluar menerusi bumbung dan dinding dan memenuhi koridor, di mana keadaan itu seperti adegan filem Titanic.

Sejumlah orang ramai cuba untuk mengisi air menggunakan baldi dan tiub.

Kegagalan sistem pemadam kebakaran dipercayai sebagai punca banjir berlaku, dan difahamkan kira-kira 50 bilik terjejas akibat insiden tersebut.

Sumber Youtube/Glossytube

Carnival Cruise Line memberitahu Fox News: "Pasukan kapal kami segera menangani masalah berkaitan dengan air bersih ini dari sistem pemadam kebakaran.

"Kami menghargai pemahaman tetamu kami dan memohon maaf di atas gangguan ini. Kami juga berterima kasih kepada kru kami di atas tindakan pantas dan kerja keras mereka."

Kapal tersebut dijangka tiba di New Orleans, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad selepas berlepas pada 29 April lalu. - Mirror UK

Titanic

Artikel Lain