suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita tak berbaju, hanya bercoli berarak buat bantahan

RIBUAN wanita berhimpun dan berarak di jalanan di Tel Aviv, Israel sebagai tanda solidariti bagi membantah gangguan dan keganasan seksual.

Sebahagian penunjuk perasaan tidak berbaju, manakala yang lain hanya memakai coli atau bikini sebagai usaha meningkatkan kesedaran awam mengenai hak-hak wanita termasuk ketidakadilan dan jenayah terhadap golongan itu.

Perarakan tahun ini sebagai gesaan untuk menghentikan mangsa dipersalahkan atau dimalukan dalam kes-kes keganasan seksual termasuk rogol.

Acara itu diadakan di berapa bandar di seluruh dunia di mana ia mula diadakan di Toronto, Kanada, susulan seorang anggota polis menyarankan pelajar universiti bahawa wanita boleh mengelakkan diri daripada menjadi mangsa serangan seksual dengan tidak berpakaian seperti 'perempuan murahan'. - Mirror UK

Artikel Lain