suria

Penonton meninggal dunia ketika tonton Avengers Infinity War

Gambar dari Marvel Studios.

SATU insiden mengejutkan berlaku ke atas seorang lelaki India berusia 43 tahun ketika menonton filem Avengers Infinity War (3D) di panggung wayang Cinehub Multiplex di bandar Proddatur pada Selasa.

Menurut polis Proddatur, Peddapasupula Baasha yang merupakan seorang pekerja tapak binaan menonton filem tersebut sempena sambutan May Day.

Selepas menonton filem itu, Baasha ditemukan duduk di tempatnya tanpa sebarang pergerakan.

Pada mulanya, pekerja panggung wayang itu beranggapan bahawa Baasha mungkin sedang menunggu babak 'after credit', tetapi lelaki tersebut kekal tidak bergerak walaupun babak 'after credit' habis ditayangkan.

Ketika mereka menanggalkan cermin 3D daripada wajahnya, mereka mendapati mangsa meninggal dunia dalam keadaan matanya masih terbuka.

Tidak lama selepas itu, polis tiba di tempat kejadian dan menjalankan siasatan.

Pihak polis mengesyaki bahawa mangsa mungkin meninggal dunia akibat serangan jantung.

Bagaimanapun, mereka menghantar mayat mangsa ke hospital kerajaan setempat untuk dibedah siasat.

Punca kematian masih disiasat. - Times of India

Avengers

Artikel Lain