suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak lelaki selamba tidur di belebas tingkap

AKIBAT dimarah bapa kerana malas, seorang budak lelaki bertindak keluar menerusi tingkap rumah pangsanya dan tidur di belebas aras lima bangunan itu.

Tindakan kanak-kanak 12 tahun itu dirakam penduduk kawasan berkenaan di Jiangkou, wilayah Guizhou di selatan China itu dan  memaklumkan pasukan keselamatan.

Budak itu yang sememangnya gemar tidur hingga sering ditegur bapanya itu sengaja berbuat demikian untuk mengelak daripada bapanya.

Memakai baju tidur kuning, dia hanya berbaring dengan tangan mendakap dada dan saiz tubuhnya yang kecil bagaikan sesuai dengan lebar dan panjang belebas tingkap itu.

Ketika kedengaran seseorang berkata: "Bapanya dah balik, mungkin dia akan turun dan tidur di dalam.", pada masa sama budak itu dari berbaring terus duduk di belabas itu.

Beberapa minit kemudian jentera bomba tiba untuk membawa dia turun.

Menggunakan kren, seorang anggota bomba kemudiannya mendukung budak itu sebelum dibawa kren ke bawah.-SMCP

belebas, Jiangkou

Artikel Berikut

Artikel Lain