suria

Indianapolis kecoh gara-gara hujan wang

INDIANAPOLIS: Setiap kali menyebut tentang hujan kita pasti terbayang air, namun hujan di bandar  ini istimewa dan tinggi nilainya.

Sebuah trak berisi wang yang menuju ke sini menghadiahkan 'hujan wang' kepada penduduk sekitar apabila ratusan helai wang kertas berterbangan dari pintu belakang trak yang tiba-tiba terbuka.

"Ia seperti adegan dalam filem, kita sedang berjalan dan tiba-tiba langit dipenuhi wang yang berterbangan," kata pegawai polis Koperal Brock McCooe yang ditugaskan ke lokasi kejadian.

Sebelum sempat pemandu trak menyedari keciciran wang, penduduk sekitar dan pengguna jalan raya sudah berpesta mengutip wang yang bertaburan.

Dianggarkan kira-kira AS$600,000 (RM2.3 juta) 'lesap' dalam insiden tersebut.

Pemandu trak dikatakan merayu kepada sesiapa yang mengambil wang tersebut agar memulangkannya kembali.

Bagaimanapun tidak pasti sama ada rayuannya itu mendapat perhatian penduduk terlibat.- Bangkapos



Indianapolis, McCooe

Artikel Sebelum

Artikel Lain