suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ditahan gara-gara anak patung penuh depan lori

Polis di Kent berkongsi gambar lori yang ditahan. Foto Kent Live

POLIS di Kent, England menahan sebuah lori gara-gara papan pemuka kenderaan itu dipenuhi dengan anak patung.

Pemandu lori tersebut diarahkan berhenti berikutan anak patung yang banyak itu boleh menghalang pandangannya semasa memandu.

Beberapa anak patung dikenal pasti diletakkan di cermin hadapan lori, antaranya ialah Homer Simpson, Batman dan Donald Duck.

Gambar papan pemuka lori yang dipenuhi anak patung itu dirakamkan polis pada Khamis.

KentLive melaporkan bahawa imej tersebut kemudian dimuat naik di Twitter.

Selain itu, pihak polis turut menemui anak patung lain seperti Bart Simpson, Minion dan Mickey Mouse serta anak patung anjing. 

Seorang jurucakap Polis Kent berkata: "Pegawai mengarahkan seorang pemandu lori menghentikan kenderaannya yang menghalang pandangan pemanduan pada Khamis di A282 dekat Dartford River Crossing.

"Pemandu itu turut didapati memandu lebih masa dan didenda £700 (RM3,738)," katanya. - Mirror UK

Artikel Lain