suria

Dituduh mencuri, sebelum terbongkar rahsia mangsa dera

USIANNYA baru saja mencecah 10 tahun, tapi budak ini ditahan kerana disyaki mencuri barang kemas milik rakan bapanya yang nilannya menjangkau HK$5 juta (US$641,000).

Lebih memeranjatkan lagi apabila sumber polis memberitahu, siasatan mendapati suspek juvana itu besar kemungkinan adalah kanak-kanak mangsa dera.

Mangsa dera adalah kes yang direkodkan pada pukul 5 pagi melibatkan budak perempuan berusia 10 tahun di Lung Moon House di Lower Wong Tai Sin Estate, Hong Kong.

Ia ada kawasan kediaman sama di mana kanak-kanak itu yang disyaki mencuri itu tinggal.

Sumber polis juga mengesahkan ia budak sama yang ditahan dua malam sebelumnya kerana dituduh mencuri.

Pasukan polis yang menyiasat kes berkenaan mendedahkan, pekerja sosial mengesan kesan luka pada tangan dan kaki budak perempuan itu sebelum melaporkannya kepada polis.

Sisasatan awal menunjukkan budak perempuan itu dipukul oleh bapanya menggunakan penyangkut baju bulan lalu kerana masalah keluarga.

Sumber polis juga memberitahu, pasukan baru menyiasat kes melibat kanak-kanak itu selepas dia telah diikat jamin pada Rabu susulan penahanan pencuri barangan itu.

"Kami membawanya ke hospital, ketika itu makciknya menemaninya," katanya.

Penahanan pencuri itu dibuat selepas seorang wanita berusia 39 tahun melaporkannya pada Isnin malam.

Wanita yang bekerja dengan syarikat pelaburan itu memberitahu, dua rantai berlian dan gelang telah hilang dari beg tangannya.

Wanita ini tinggal bersama bapa kanak-kanak itu yang bekerja sebagai pendandan rambut sejak Januari tahun ini.

Bagaimanapun, hubungannya dengan budak perempuan itu tidak baik, malahan mereka sering bergaduh.

Setakat ini, barang kemas itu masih tidak ditemui.

Dua rakan sekolah budak perempuan itu yang berusia 12 tahun telah ditahan selepas maklumat mendapati barang kemas itu telah diserahkan kepada mereka.


dera, Hong Kong

Artikel Lain