suria

Peminat Sandra Bullock maut lima jam selepas ugut polis

PEMINAT tegar Sandra Bullock yang ditahan kerana memecah masuk kediaman aktres terkenal itu tahun lalu gagal hadir untuk perbicaraan kes berkenaan  bulan lalu.

Susulan itu, waran tangkap dikeluarkan mahkamah dan anggota polis telah ke kediaman lelaki yang obses terhadap pelakon itu untuk menyerahkan dokumen berkenaan pada Rabu.

Sebaik tiba di rumah itu, Joshua James Corbett enggan keluar dan mengugut untuk membunuh anggota polis berkenaan, demikian kata Detektif Jabatan Polis Los Angeles, Meghan Aguilar.

Corbett yang berusia 42 tahbun bagaimanapun ditemui mati kira-kira lima jam kemudian di kediamannya di kawasan kejiranan La Crescenta.

Pemeriksaan pasukan koroner mendapati, lelaki yang mengalami masalah mental itu mati kerana membunuh diri.

Kata bapa Corbett, anaknya dalam keadaan baik sejak beberapa minggu lalu kecuali enggan ke mahkamah.

Ketika dihadapkan ke mahkamah tahun lalu, Corbett yang mengaku bersalah memasuki kediaman pelakon pujaannya di Los Angeles pada 2014 telah dijatuhi hukuman supaya menjalani rawatan mental dan pemulihan.

Corbett juga diperintahkan supaya menjauhkan diri daripada Bullock yang terkenal dengan wataknya dalam filem Miss Congeniality dan tidak dibenarkan untuk cuba menghubunginya selama 10 tahun.

Sepanjang perbicaraan kes itu, Bullock tidak pernah hadir. Kes berkenaan mendapat perhatian hakim untuk dibicarakan apabila pelakon yang ketakutan ketika Corbett memecah masuk kediamannya telah membuat panggilan kecemasan 911 ketika bersembunyi dalam almari dan rakaman percakapan itu adalah bukti kukuh untuk kes itu.




Sadra Bullock, Corbett

Artikel Lain