suria

Tukar kata laluan, nasihat Twitter

TWITTER menasihatkan semua penggunanya supaya menukar kata laluan mereka.

Syarikat itu pada Khamis berkata menemui pepijat (bug) yang menyimpan kata laluan dalam log dalaman, dalam satu bentuk yang tidak dilindungi, baru-baru ini.

Twitter bagaimanapun berkata tidak ada petunjuk bahawa terdapat perlanggaran atau mana-mana kata laluan telah disalahgunakan.

Tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, Twitter mengesyorkan pengguna mempertimbangkan untuk menukar kata laluan yang mereka gunakan untuk log masuk ke Twitter.

Mereka juga disarankan menukar kata laluan tersebut jika ia digunakan untuk sebarang perkhidmatan lain.

Gergasi media sosial itu berkata ia 'menyulitkan' kata laluan dengan menggantikannya dengan set nombor dan huruf rawak. Tetapi pepijat itu menyebabkan kata laluan ditulis dalam satu log dalaman.

Bagaimanapun syarikat itu berkata telah menemui pepijat itu dan telah menanganinya. -metroUK

kata laluan, akaun Twitter, pepijat

Artikel Berikut

Artikel Lain