suria

Polis lempang ibu sampai pengsan sebenarnya...

ADA kisah di sebalik video tular yang menunjukkan seorang pegawai polis tiba-tiba menampar seorang wanita.

Dalam video itu yang dirakamkan di sebuah panggung dangdut, seorang pegawai polis dilihat melempang seorang wanita sehingga dia jatuh terduduk dan pengsan.

Wanita itu jatuh di hadapan seorang kanak-kanak, dipercayai anaknya, yang menangis selepas menyaksikan adegan tersebut yang dianggap kejam.

Polis Jawa Tengah mengesahkan kejadian itu berlaku di Blora baru-baru ini dan anggota polis terbabit, dikenal pasti sebagai Riyanto sebenarnya adalah bapa saudara mangsa.

Selepas siasatan dijalankan, jurucakap Polis Jawa Tengah, Agus Triatmaja berkata Riyanto menampar anak saudaranya kerana malu dengan cara dia berpakaian.

Ketika itu mangsa dilihat memakai baju-T dan seluar pendek merah jambu.

"Dia diminta mengawasi mangsa, yang sering memalukan keluarga. Dia selalu berpakaian tidak sopan. Ibunya malu dengannya," kata Agus, memetik Detik.

"Riyanto tidak dapat menahan kemarahannya, jadi dia menampar mangsa," katanya.

Tidak setakat malu, maklumat mengenai kehidupan peribadi mangsa dan gaya hidupnya yang tidak terkawal yang diperolehi daripada Polis Negara telah menyebabkan Riyanto bertambah kecewa.

"Selama beberapa tahun mangsa mengalami ketidakstabilan mental kerana suaminya meninggalkannya," kata Jurucakap Polis Negara, Syahar Diantono, memetik Detik.

"Sudah ada beberapa kali laporan mangsa tidak terkawal, menari dan minum di jalanan."

Bagaimanapun Syahar memberi amaran kepada pegawai-pegawai lain untuk tidak bertindak seperti Riyanto kerana tugas polis adalah melindungi rakyat.

"Tidak kira, jika orang itu keluarga atau tidak, terutamanya jika mereka bukan keluarga polis tidak sepatutnya melakukan perkara seperti itu," katanya.

Sementara itu, Riyanto meminta maaf kepada mangsa dan akan menerima hukuman dalaman yang belum ditentukan, walaupun bukan pertuduhan jenayah.

Sekarang mangsa tidak diketahui berada di mana tetapi polis percaya dia telah melarikan diri.

polis, orang awam, lempang

Artikel Sebelum

Artikel Lain