suria

Letupan unggun api selepas dicampak telefon bimbit

Letupan unggun api di utara London. Foto Hatzola

SATU letupan unggun api berlaku di sebuah festival di utara London pada Rabu malam, mengakibatkan sehingga 30 orang cedera dengan kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak.

Petugas perkhidmatan kecemasan berkata, insiden berlaku pada majlis Lag BaOmer di Stamford Hill, dan kebanyakan mangsa mengalami kesan melecur di bahagian muka.

Seramai 10 mangsa dipercayai dimasukkan ke hospital. Manakala yang lain diberikan rawatan di tempat kejadian.

Menurut laporan The Yeshiva World, beberapa saksi dipetik sebagai berkata, kejadian berlaku pada pukul 10 malam waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia) semasa seorang ketua agama sedang menyalakan unggun api.

Bagaimanapun tidak dipastikan sama ada letupan berpunca daripada telefon bimbit atau minyak yang digunakan untuk menyalakan unggun api itu.

Dalam kejadian itu dilaporkan sekurang-kurangnya satu telefon bimbit diletakkan sebagai amaran mengenai bahaya telefon pintar kepada masyarakat.

Beberapa orang dipijak apabila ramai melarikan diri selepas letupan berlaku. - Mail Online UK

Artikel Lain