suria

Sembilan maut pesawat tentera terhempas

Pesawat terbakar selepas terhempas. Foto pasukan bomba Savannah

WASHINGTON: Sembilan maut pada Rabu selepas pesawat kargo tentera Amerika Syarikat (AS) terhempas.

Pesawat kargo C-130 Hercules yang berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Puerto Rico terhempas pada kira-kira 11.30 pagi Rabu waktu tempatan (11.30 malam waktu Malaysia) dekat lapangan terbang Savannah di Georgia.

Rakaman menunjukkan pesawat berkenaan terhempas sebelum terbakar.

"Kami mengesahkan seramai sembilan orang, terdiri daripada lima kru dan empat penumpang lain yang menaiki pesawat itu," kata Jurucakap pangkalan tentera Puerto Rico, Mehar Paul Dahlen. 

Beliau berkata, empat lagi yang terbunuh juga anggota tentera.

Presiden AS, Donald Trump mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. - channelnewsasia

Artikel Sebelum

David Beckham sebak

Artikel Lain