suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

David Beckham sebak

David Beckham (kiri) sebak apabila anak sulungnya, Brooklyn membuat kejutan pada majlis sambutan ulang tahunnya ke-43. Foto instagram/davidbeckham

ANAK sulung legenda bola sepak David Beckham sibuk melanjutkan pengajiannya di Sekolah Rekaan Parsons di New York.

Bagaimanapun, Brooklyn Beckham tetap mengutamakan keluarganya apabila meluangkan masa meraikan sambutan ulang tahun bapanya ke-43 di London pada Rabu.

Bekas pemain bola sepak itu tidak dapat menyembunyikan perasaan sebaknya semasa Brooklyn muncul membuat kejutan.

Brooklyn yang berusia 19 tahun masuk ke sebuah restoran dan membuat kejutan dengan memeluk David dari belakang.

Bintang sukan itu ternyata terkejut dan cuba menahan air mata kegembiraannya semasa dipeluk anak sulungnya.

"Apa kamu buat di sini?," soal David seakan tidak percaya melihat anaknya itu berada di depan mata. - Mail Online UK

David Beckham, Brooklyn Beckham

Artikel Lain