Banduan 'kebal' didedah redah arus deras hanya berseluar dalam - Dunia | mStar

Banduan 'kebal' didedah redah arus deras hanya berseluar dalam

SEORANG banduan yang lama diburu polis selepas melarikan diri dari penjara bulan lepas didedah berenang menyeberang arus deras untuk sampai ke pulau utama Honshu hanya memakai seluar dalam.

"Saya berenang pakai pakaian dalam," kata Tatsuma Hirao, 27, memetik sumber penyiasatan Jepun.

"Semasa berenang, saya ikat beg plastik yang mengandungi pakaian saya di leher dan badan," dia dipetik sebagai berkata.

Hirao diletakkan di bawah jagaan polis berhampiran Stesen JR Hiroshima, Hiroshima pada 30 April, 23 hari selepas melarikan diri dari penjara di Imabari, wilayah Ehime, Pulau Shikoku.

Hirao, yang telah disabitkan bersalah mencuri, melarikan diri ke pulau Mukaishima di wilayah Hiroshima, tempat di mana dia bersembunyi, pada malam 24 April.

Mukaishima adalah sebahagian daripada Onomichi dan lokasi paling dekat dari pulau itu ke daerah pusat Onomichi di pulau utama Honshu yang jaraknya hanya 200 meter.

"Arusnya deras dan sejuk," Hirao dipetik sebagai berkata tentang arus laut.

"Saya berenang dengan penuh 'kegilaan'."

Hirao sedang menjalani hukuman di limbungan kapal Oi, Penjara Matsuyama, ketika dia melarikan diri pada 8 April.

Kemudahan itu tidak memiliki dinding luar seperti penjara biasa dan mempunyai kawalan keselamatan longgar. Tempoh hukuman penjaranya akan berakhir pada Januari 2020.

Selepas penangkapannya di Hiroshima, Hirao berkata: "Saya akhirnya boleh tidur lena untuk kali pertama dalam masa yang lama," menurut sumber.

Hirao dilaporkan melarikan diri kerana mendakwa tidak tahan dibuli oleh pengawal di penjara.

Menteri Keadilan Yoko Kamikawa melawat Onomichi pada 1 Mei untuk meminta maaf kepada Datuk Bandar Yuko Hiratani atas kesulitan dan carian besar-besaran untuk kes itu.

"Saya ingin meminta maaf kerana menyebabkan masalah dan kebimbangan dalam kalangan penduduk pulau Mukaishima yang menjalani kehidupan yang aman," katanya.

Pencarian di sekitar pulau Mukaishima melibatkan 15,500 petugas dari Hiroshima dan wilayah Ehime, lapor Mainichi. Pulau berbukit itu mempunyai sekitar 22,000 penduduk dan lebih 1,000 rumah kosong.

Di pulau itu Hirao terus bergerak dari satu rumah kosong ke rumah seterusnya.

Di sebuah rumah percutian tempat di mana dia bersembunyi di utara pulau itu, dia makan makanan yang ada dan menonton berita TV mengenai dirinya, kata sumber itu.

Selepas Hirao sampai ke bahagian utama pulau dengan berenang, dia bersembunyi di sebuah rumah selama beberapa hari dan mencuri basikal di Onomichi dan menuju ke arah barat ke Hiroshima dengan kereta api. -Asahi Shimbun

banduan lari

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Budak jatuh air terjun tapi selamat

Mata dikorek guna sudu

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.