suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Kesejukan Makan Burger Di Luar Restoran McDonalds

Mcdonalds di Erith melarang pelajar berpakaian seragam melepak di premis terbabit.

SEBUAH restoran makanan segera didakwa memaksa seorang pelajar perempuan memakan burger keju di luar premis itu dalam cuaca sejuk.

Lucy Haffenden,14, dah kawannya disuruh keluar daripada restoran makanan segera yang terletak di Erith itu, sebaik sahaja cuba duduk pukul 5 petang Isnin lalu.

Jelas McDonalds, semua kanak-kanak yang memakai pakaian seragam sekolah tidak dibenarkan makan di premis di selatan London itu bagi mengelak daripada kelakuan anti-sosial.

Namun, bapa pelajar itu, Mark Haffenen menganggap tindakan itu sebagai melampau.

"Saya rasa ia amat mengejutkan. Sangat melampau kerana mereka tidak melakukan sebarang kesalahan," jelas lelaki berusia 51 itu kepada The Sun.

"Kita semua tahu keadaan cuaca yang teruk, dan masih tidak percaya mereka di luar.

"Mereka duduk sehinggalah seseorang datang dan menyuruh mereka tinggalkan tempat itu. Sangat memalukan dan bukan itu cara melayan pelanggan."

Jurucakap McDonalds berkata: "Pelanggan telah diberitahu mengenai perkara ini dan makanan juga disediakan dalam bentuk bungkusan."

McDonalds, Cuaca Sejuk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain