suria

Kubur 7000 Tahun Ditemui Di Dasar Laut Florida

Foto: FLORIDA DEPARTMENT OF STATE

PAKAR arkeologi menemui sebuah kawasan perkuburan lama milik orang asli Amerika berusia 7,000 tahun di pantai Florida.

Kawasan itu ditemui oleh seorang penyelam amatur pada tahun 2016 yang sedang mencari gigi jerung, namun sebaliknya yang ditemukan.

Menurut ahli arkeologi Ryan Duggins, gambar yang dihantar oleh penyelam itu  menunjukkan gigi geraham masih melekat di tulang rahang.

Ia kemungkinan besar milik seorang lelaki asli atau pra sejarah.

Florida menganggap ianya sebagai penemuan yang tidak pernah berlaku.

Duggins dan pasukannnya memulakan siasatan di kawasan 'Archaic Period' yang terletak sejauh 275 meter dari pesisiran pantai.

"Kami amat menghargai pengalaman ini. Ia diharap dapat mengetahui lebih banyak maklumat mengenai masyarakat awal Florida."

Florida, Kubur orang asli

Artikel Lain