suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas Empat Tahun, Keluarga Rumah 'Kotak' Kena Angkut

PASANGAN dari Joshua Tree, California ditahan selepas didapati membiarkan tiga anak mereka dalam keadaan tidak terurus tanpa penyediaan makanan berkhasiat dan persekitaran selesa sejak empat tahun lalu.

Digambarkan sebagai kediaman kotak, pasangan itu didapati menggunakan karavan dan kawasan perkhemahan terbiar sebagai 'rumah' mereka.

Mona Kirk, 51 dan Daniel Panico, 73 telah ditahan Balai Polis San Bernardino selepas pemeriksaan mendapat pasangan itu serta tiga anak mereka tinggal dalam kotak daripada papan lapis.

Anak mereka yang berusia 11, 13 dan 14 tahun didapati membesar dengan kekurangan makanan berkhasiat, selain menetap di persekitaran yang tidak selamat dan tidak sesuai untuk mereka.

Pemeriksaan juga mendapati, kotak itu tidak dilengkapi bekalan elektrik atau air dan berhampiran treler yang tidak digunapakai serta terbiar.

Beberapa lubang dan sampah serta najis ditemui di sekitar kawasan itu, selain antara 30 hingga 40 kucing dilihat dalam treler dan di sekitar kawasan itu.

Ketika tiba di lokasi, pegawai polis berkenaan mendapati keluarga itu berada dalam 'kotak' berkenaan yang keluasannya kira-kira enam meter panjang, 1.2 meter tinggi dan tiga meter lebar.

Laporan media tempatan, Hi-Desert Star menyebut, keluarga itu ditemui pada pagi Rabu dan pemeriksaan mendapati banyak mainan kanak-kanak, sampah dan barangan lusuh di situ.-HeraldSun



Joshua Tree, San Bernardino

Artikel Lain