suria

Wanita Alami Senggugut Setiap Hari Selama Tiga Tahun

SEORANG wanita terpaksa menderita sejenis penyakit yang membuatkan dia berasa seperti mengalami senggugut pada setiap hari selama tiga tahun.

Sacha Parkinson, 25, menceritakan pengalamannya melawan endometriosis yang menyebabkan rahimnya sakit teruk dan turut dialami oleh hampir dua juta wanita di United Kingdom.

Wanita itu yang juga seorang pelakon yang pernah memenangi anugerah menerusi watak Sian Powers dalam Cobbles selama dua tahun, terlantar di katil dan memuat naik posting di Instagram sebagai tanda sokongan kepada Bulan Kesedaran Endometriosis.

Sacha berkongsi gambar perutnya selepas menjalani pembedahan.

Sacha berkongsi gambarnya di hospital dan mendedahkan menderita selama tiga tahun sebelum menjalani pembedahan bagi membuang cysts pada tahun lalu, lapor Manchester Evening News.

"Pada April lalu, saya menjalani pembedahan untuk membuang cysts endo daripada kedua-dua ovari kerana ia telah memenuhi kesemua ruang!

"Pembedahan itu telah banyak mengubah hidup saya walaupun ia tidak sebesar orang lain.

Sacha.

"Saya mengalami senggugut yang teruk ketika membesar dan terpaksa ambil cuti daripada sekolah.

"Saya juga mengalami masalah sakit belakang selama tiga tahun. Ia sangat sakit seperti saya alami senggugut setiap hari.

Katanya, pembedahan itu membantunya berasa seperti orang yang baharu walaupun diberitahu bahawa cysts tersebut boleh kembali menyerangnya. - Mirror UK

endometriosis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain