suria

23 Maut Dalam Dua Serangan Bom Berani Mati Di Kabul

Pegawai keselamatan Afghanistan mengawasi lokasi serangan bom di Kabul. - (Foto AFP)

SEKURANG-KURANGNYA 23 maut dan lebih lebih 10 lagi cedera dalam beberapa kejadian pengeboman berani mati dan serangan di Afghanistan pada Sabtu, kata pegawai tertinggi kerajaan tersebut.

Dalam serangan terbesar itu, anggota militan Taliban meletupkan pangkalan tentera di wilayah barat Farah pada waktu malam sehingga mengorbankan seramai 18 tentera.

"Malam semalam, sekumpulan militan menyerang pangkalan tentera di Bala Buluk di daerah Farah.

"Malangnya, 18 tentera maut dan dua lagi cedera. Kami telah menghantarkan lebih ramai anggota untuk mengawal kawasan tersebut, kata jurucakap kepada menteri pertahanan Daulat Wazir.

Taliban mendakwa mereka terlibat dalam serangan itu.

Sementara itu, timbalan gabenor daerah Younus Rasooli berkata, pihak berkuasa telah menghantar delegasi pencarian fakta ke Bala Buluk bagi menjalankan siasatan.

Dalam satu serangan lain, seorang pengebom berani mati meletupkan bom berhampiran kawasan diplomatik di Kabul pada awal waktu puncak sehingga menyebabkan tiga maut dan lima lagi cedera, kata jurucakap kepada timbalan menteri dalam negeri Nasrat Rahimi kepada AFP.

"Sekitar pukul 8.30 pagi, seorang pengebom berani mati yang berpakaian kemas termasuk mengenakan tali leher dikenalpasti berada di sebuah pusat pemeriksaan.

"Dia meletupkan bom dan membunuh tiga mangsa dan mencederakan lima yang lain," katanya.

Sumber keselamatan yang enggan dikenali berkata, letupan itu berlaku berdekatan kawasan Direktorat Keselamatan Negara (NDS) iaitu sebuah agensi risikan Afghanistan.

NDS terletak berhampiran ibu pejabat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dan kedutaan Amerika Syarikat.

serangan berani mati, Taliban

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain