suria

Hadiah Meletup, Majlis Kahwin Bertukar Tragedi

PENGANTIN lelaki yang baru melangsungkan perkahwinan dan neneknya maut, manakala isterinya cedera parah apabila hadiah yang diterima pasangan itu meletup dalam kejadian di daerah Odisha Bolongir, barat Kolkata.

Warga tua itu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala cucu lelakinya yang baru lima hari bernikah menghembuskan nafas terakhirnya di hospital di Rourkela.

Pengantin perempuan pula dirawat di hospital kerajaan di Burla.

Hadiah itu diberi individu tidak dikenali pada majlis jamuan meraikan pasangan itu yang berlangsung 21 Februari lalu.

"Ia meletup sebaik pengantin membukanya di rumah mereka.

"Bukti kejadian seudah dikumpul dan siasatan masih berjalan," kata Pengawai Polis Sub-Divisyen  Patnagarh, Sesadeva Bariha.

Setakat ini, usaha sedang dilakukan untuk mengenal pasti individu yang menyampaikan hadiah berkenaan kepada pasangan pengantin terbabit.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perubatan Daerah Bolangir, S Mishra berkata, wanita warga tua itu telah meninggal dunia apabila dibawa ke hospital, manakala mangsa lelaki maut sebaik tiba di Hospital Ispat.-IndiaToday

Odisha, Burla

Artikel Sebelum

Artikel Lain