suria

Wanita Miskin India Ditawar Pembedahan Kosmetik Payudara

RIBUAN wanita miskin di negeri Tamil Nadu, India ditawarkan pembedahan kosmetik payudara secara percuma, termasuk implan bagi memberi peluang golongan kurang mampu itu berpenampilan jelita.

Negeri di selatan India itu sebelum ini menyediakan pelbagai skim untuk manfaat penduduk miskin termasuk makanan percuma, selain agihan kambing, komputer riba dan basikal.

Namun kali ini, menteri kesihatannya menawarkan pembedahan kosmetik payudara bagi wanita miskin untuk tujuan perubatan dan estetik.

"Jika wanita miskin mahu kelihatan cantik, kami akan membantu daripada segi kewangan dan jika perlu menjalani prosedur perubatan atau rawatan kecantikan, ia akan diberi secara percuma," kata C.Vijayabaskar.

Bagaimanapun, tindakan pentadbir negeri itu menawarkan skim berkenaan dikritik kerana dikatakan membazir dana awam untuk pembedahan kosmetik sedangkan ia wajar digunakan bagi merawat penyakit kronik.

Pembedahan kosmetik payudara semakin popular di India di mana hospital swasta mengenakan caj antara $2,300 hingga $3,800 untuk setiap prosedur dan kos itu menyamai pendapatan setahun kebanyakan rakyat negara itu.

Lebih 90,000 prosedur berkenaan dilaksanakan di negara itu pada 2016, menurut Persatuan Pembedahan Plastik Estetik Antarabangsa.

Skim berkenaan dilancarkan baru-baru ini dan ketua klinik yang melaksanakannya, V.Ramadevi berkata, wanita yang tampil untuk menjalani pembedahan itu berdepan masalah psikologi.

"Kebanyakan mereka mengalami krisis perkahwinan dan hilang keyakinan diri hingga mendorong untuk melakukan sesuatu bagi tampil jelita," katanya.-TimesofIndia



Tamil Nadu, Vijayabaskar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain