suria

Stok Cukup, Festival Durian Jawa Tengah Kembali

JAKARTA: Selepas tertangguh dua tahun, kini festival durian yang sering dinanti-nantikan kembali dianjurkan di Jawa Tengah.

Pemerintah Daerah Pekalongan, Jawa Tengah menamakannya Festival Durian Lolong 2018 dan ia dilangsungkan dengan meriah pada Ahad.

Ketua Sektor Pemuda, Olahraga dan Pelancongan Daerah Pekalingan, Bambang Irianto berkata, festival itu akhirnya dapat dilaksanakan selepas beberapa kali tertangguh.

Menurutnya, beberapa kawasan di daerah itu mengadakan festival berkenaan termasuk di Dataran Desa Lolong, Karanganyar.

"Tahun ini stok durian cukup, jadi sesuai sekali untuk diadakan festival," katanya seperti dilaporkan KompasTravel.

Menerusi program itu, beberapa acara yang berlangsung termasuk pertandingan durian terbaik, perarakan durian dan persembahan hiburan rakyat.

Namun, menurutnya, festival kali ini sedikit berbeza kerana tiada pakej menikmati durian sepuasnya ditawarkan kepada pengunjung.

Bagaimanapun, pelancong masih berpeluang membeli raja buah itu pada harga rendah untuk dimakan di situ atau dibawa pulang.

"Sebelum ini, hasil durian terhad hingga menyebabkan festival ini tidak dapat diadakan," katanya.

Festival yang diadakan secara percuma dan durian yang ditawarkan pada harga Rp50,000 sebiji mengikut jenis.

Lolong, durian

Artikel Lain