suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Putera Harry, Meghan Terima Ancaman Serbuk Putih

PASANGAN bakal pengantin baharu, Putera Harry dan Meghan Marble 'diganggu' sekeping surat yang diisi serbuk putih yang dihantar kepada mereka.

Surat tersebut yang dikhuatiri mempunyai virus anthrax ditujukan kepada Harry dan Meghan sekaligus amaran berjaga-jaga dan keselamatan dipertingkatkan di Kensington Palace.

Istana itu didiami Duke dan Duchess of Cambridge (Putera William dan Kate Middleton) serta dua anak mereka.

Bagaimana pun surat tersebut diterima oleh staf Palace dan tidak sampai ke tangan Harry dan Meghan.

Namun kedua-dua mereka dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Bungkusan surat itu diserahkan kepada pakar kimia dan polis yang kini sedang menyiasat, lapor Evening Standard.

Dengan situasi ini, keselamatan terhadap Harry dan Meghan dikawal ketat menjelang perkahwinan mereka pada 19 Mei ini.

Putera Harry, Meghan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain