suria

Wanita Terima Padah Akibat Tipu Dikelar, Rompak

POLIS Thailand dalam proses mengheret seorang wanita ke mahkamah selepas membuat aduan palsu kononnya diserang dan dirompak pemandu teksi di Bangkok.

Wanita berusia 26 tahun itu mendakwa kejadian itu berlaku awal pagi Rabu.

Thongpakai Suksrirat yang hadir di Balai Polis Lat Phrao melaporkan ada pemandu teksi yang telah mengelar tangannya dan merompak wang tunai 14,000 baht, beg tangan mewah, kad ATM dan kad pengenalan dirinya.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika dia dalam perjalanan dari kelab malam di Jalan Ratchadaphisek ke pangsapurinya di Jalan Seri Thai pada pukul 3 pagi.

Ketika sampai di balai polis berkenaan, tangan kiri wanita itu berlumuran darah akibat dikelar.

Komander Polis Divisyen Metropolitan, Mejar Jeneral Theerapong Wongratpitak berkata, pemeriksaan visual pada kamera pemantauan di lokasi yang dimaklumkan mendapati kejadian itu tidak berlaku.

"Wanita itu ada menggunakan khidmat teksi, tetapi perjalanannya tanpa henti itu terus ke pangsapurinya dan dia juga memasuki bangunan kediaman itu sendirian. Kira-kira 30 minit kemudian, seorang rakannya tiba dan mereka ke balai polis," katanya.

Wanita itu juga mengaku menanggung hutang sebanyak 100,000 baht.

Polis Lat Phrao akan mendakwa wanita berkenaan kerana mengemukakan aduan palsu, demikian kata komander itu.

Susulan kejadian itu, Thongprakai tampil membuat permohonan maaf kerana telah memburukkan imej pemandu teksi negara itu.

Sidang media diadakan di balai polis berkenaan pada pagi Khamis.

Wanita  itu mengaku dia terpaksa menipu kerana telah berhutang dengan kawannya.

"Kesan kelar itu dilakukan sendiri menggunakan pisau cukur kerana terlalu tertekan," katanya.-TheBangkokPost

Lat Phrao, Suksrirat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain