suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pal Tanggung 1.8 Kilogram Ketumbuhan, Terbesar Di Dunia

SEKUMPULAN doktor di India telah mengeluarkan ketumbuhan yang dianggap terbesar di dunia di kepala seorang lelaki.

Pembedahan mengeluarkan ketumbuhan itu mengambil masa tujuh jam pada 14 Februari lalu di sebuah hospital di Nair, Mumbai.

Namun pihak hospital tidak mendedahkan sama ada pembedahan itu selamat atau tidak kerana mengikut prosedur.

"Kini proses pemulihan dan dia tidak lagi dalam bahaya," ujar Ketua Pembedahan Neuro, Dr Trimurti Nadkarni kepada BBC.

Ketumbuhan seberat 1.8 kilogram itu berada di salam kepada seorang peniaga, Santhal Pal,31, dan terpaksa menanggungnya selama tiga tahun sebelum dikeluarkannya.

Doktor memberitahu, Pal mengalami masalah penglihatan kerana tumor itu, namun berharap dia akan dapat melalui proses pemulihan dengan baik.

"Seperti satu kes yang kritikal," jelas Dr Nadkarni.

Sebanyak sebelas unit darah digunakan ketika dan selepas pembedahan dan terpaksa menggunakan bantuan pernafasan beberapa hari selepas proses itu.

Ketumbuhan, India

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain