suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ingatkan Pesawat Terbakar, Rupa-Rupanya...

Para penumpang dikeluarkan dari pesawat selepas menerima laporan mengenai kebakaran. Foto SWNS.com

SEKUMPULAN penumpang terpaksa dipindah keluar dari sebuah pesawat di Lapangan Terbang Bristol, England sejurus sebelum berlepas berikutan laporan kebakaran.

Bagaimanapun, 'kebakaran' yang dikatakan itu sebenarnya adalah ilusi optik.

Penerbangan KLM dari Lapangan Terbang Bristol ke Amsterdam  ditangguhkan selepas insiden yang dilaporkan berlaku di landasan.

Juruterbang memberitahu para penumpang bahawa insiden berkenaan berpunca daripada ilusi optik dari pantulan cahaya di bahagian sayap pesawat.

Menurut laporan Bristol Post, keadaan itu menyebabkan orang ramai percaya ia adalah satu kebakaran.

Jurucakap Lapangan Terbang Bristol dalam satu kenyataan berkata, cecair yang untuk menanggalkan ais di bahagian lapangan terbang mengakibatkan ilusi optik.

"Satu laporan dibuat mengenai wap kelihatan di belakang sebuah pesawat KLM.

"Tindakan operasi dan siasatan seperti biasa dijalankan.

"Para penumpang dikeluarkan dari pesawat dan kembali ke pintu berlepas.

"Laporan awal menunjukkan cecair untuk menanggalkan ais di belakang lapangan terbang mengakibatkan ilusi optik," katanya. - Mirror

pesawat, KLM

Artikel Sebelum

Kejam! Kucing Jadi 'Kain Lap'

Artikel Berikut

Artikel Lain